Teratak kampung di Serkam terbahagi kpd 2 bangunan. Satu rumah kayu dgn senibina tradisional Melaka iaitu rumah limas. Manakala sebuah lagi rumah batu ala senibina Belanda.
Konsep asal kedua-dua rumah ini diilhamkan oleh pemilik premis juga seorang ahli perniagaan dan pencinta sejarah tanahair. Dengan keluasan tanah 11,000 kaki persegi, senibina lanskap pula direkacipta oleh pakar lanskap berpengalaman dari ibukota dgn tujuan melahirkan suasana tenteram & nostalgia kepada penghuni teratak. Laman rumah dihiasi berbagai tanaman yg biasa terdapat dikediaman di luar bandar. Pohon2 seperti melati, bonggor, kemboja, ketapang, ceri, belimbing dan mempelam menghiasi berbagai pelusuk laman rumah. Disulami beberapa tempat duduk agar tetamu dapat beristihat sambil menikmati alam semulajadi dan suasana tentaram yg berlainan dari kesibukan kota.
Senibina rumah limas adalah senibina tradisional melayu yg digemari oleh penduduk yg mengikuti adat Temenggong yg menetap di sekitar melaka selatan hingga ke Muar dimasa lampau. Namun kepakaran untuk membina rumah sebegini sudah amat berkurangan dimasa kini. Atas usaha gigih untuk menjayakan konsep rumah tradisional ini, pemilik premis akhirnya diketemukan dgn seorang tukang kayu yg sangat cekap, Pak Mahat yg berusia 70 tahun. Beliau bersetuju memikul tanggungjawab mendirikan rumah limas dgn tangga batu ini wakaupun beliau sebenarnya sudah bersara dari kerja tukang kayu ini. Pak Mahat begitu teliti dgn kerjanya bermula dari memilih kayu2 berkualiti, kerja memahat buat pasak dan tiang rumah, mengukir cucur atap. Berbagai ciri2 senibina tradisional melayu yg boleh dilihat dirumah ini termasuk tanggam, pasak, dinding papan bertindih kasih, cucur atap berukir, tebar layar, tunjuk langit, tangga batu berjubin.
Kawasan sekitar homestay Teratak. Pekan Serkam mendapat nama asal dari timbunan sekam padi yg terdapat disini kerana adanya beberapa ekar sawah padi dizaman dahulu. Sawah ini masih diysahakan sehingga hari ini. Disamping bercucuk tanam, aktiviti utama disini ialah menangkap ikan. Terdapat beberapa jeti nelayan di kawasan ini. Yg terkenal ialah jeti & medan ikan bakar di Serkam Pantai. Dibelakangan ini , Pantai Siring mula membangun dan mendapat sambutan orangramai sebagai tempat santai diwaktu petang dan hujung minggu.
Dari segi sejarah, Serkam ialah tempat berehat rombongan diraja yg meninggalkan istana dibandar hilir melaka ketika dibedil oleh tentera laut Portugese. Disini juga tempat permaisuri yg begitu cantik paras rupanya, Tun Teja, menghembuskan nafas terakhir. Baginda sultan begitu terharu dgn pemergian tuanku permaisuri sehingga menitiskan airmata. Tun Teja dimakamkan di Serkam sebelum rombongan diraja meneruskan perjalanan ke kota Muar. Rombongan diraja ini diekori oleh tentera Portugis yg kemudiannya berkhemah di Serkam dan membina telaga sebelum bergerak menuju ke Muar. Maka berlakulah satu bertempuran hebat di tebing sungai Muar diantara tentera tempatan dan tentera Eropah tidak lama kemudian
Makanan istimewa tempatan. Disamping ikan bakar, Serkam juga terkenal dgn asam pedasnya. Salah satu gerai popular yg menawarkan lauk ini dgn ikan segar terdapat di Pantai Siring. Jangan lupa mencuba mee rebus di serkam pantai. Manisan yg terkenal di serkam ialah kueh keria ubi keledek (bukan guna tepung gandum) , cendol Serkam, dodol pulut buatan tempatan. Cincaluk dan gula melaka pula menjadi buah tangan yg biasa dibeli pelancong untuk dibawa pulang.